nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

Rooney kena tingkat prestasi

LONDON - Bintang Manchester United, Wayne Rooney (gambar) perlu meningkatkan prestasinya, setelah menandatangani kontrak baru bersama kelab tersebut.
Beberapa pemain senior menjangkakan, gaji lumayan yang bakal diterima Rooney, mampu meningkatkan lagi kualiti pemain itu.
Manchester United, yang memerlukan khidmat pemain muda itu, berjaya mengikat Rooney dengan kontrak lima tahun, sekali gus mengakhiri spekulasi panjang berhubung perpindahannya.
Sesetengah analisis mendapati United mungkin membayar gaji pemain itu dengan nilai yang tinggi untuk mengekalkannya , sekali gus membuatkan Manchester City perlu membayar kira-kira 50 hingga 80 juta pound (RM244-RM390 juta), jika mahu mendapatkan Rooney berbanding 25 juta pound (RM122 juta) yang sepatutnya dibayar pada Januari ini.
Rooney berkata, dia akan cuba untuk memperbaiki sikapnya, setelah Alex Ferguson menegaskan pemain itu perlu menilai kelakuannya, yang telah menimbulkan masalah besar.
Sesetengah melaporkan, nilai gaji baru Rooney adalah 230,000 pound (RM1,123,788) seminggu, namun jumlah yang dikatakan hampir tepat adalah 200,000 pound (RM977,207).
Penyerang England itu terlepas beberapa perlawanan penting, kerana cedera buku lali.
Menurut Ferguson, terlalu banyak yang perlu dilakukan, setelah Rooney menandatangani kontrak baru tersebut.
''Anda akan dapat melihat semula Manchester United yang sebenar selepas ini,'' kata Ferguson. - Agensi

West Brom ancam kelompok pendahulu

WEST BROMWICH - West Bromwich Albion naik ke tangga keempat Liga Perdana, selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Fulham.
Skuad Roberto di Matteo itu belum kalah dalam tujuh perlawanan dalam semua kejohanan, termasuk kemenangan ke atas Manchester City dan Arsenal serta seri dengan Manchester United.
"Kami cuba mengharungi perlawanan demi perlawanan dengan peningkatan dan tidak melepaskan gol.
''Kemudian kami akan melihat di mana kedudukan kami pada penghujung musim.
"Ia bukan rahsia lagi, semua ini dicapai menerusi kerja keras.
''Para pemain mencurahkan banyak masa berlatih dan menjelmakan semua itu sewaktu beraksi.
''Kami berusaha beraksi sebaik mungkin dan kami percaya ia adalah cara untuk kami memenangi perlawanan,'' kata Di Matteo.
Pakar seri Fulham, mengalami kekalahan kedua musim ini dalam Liga Perdana, namun mereka cuma baru mencatat satu kemenangan. - AP

Hernandez lonjak United

WIRA United, Javier Hernandez diasak pertahanan Stoke City dalam saingan EPL di Stadium Brittania, malam tadi. MU menang 2-1, kedua-dua gol diledak pemain Mexico itu.

LONDON: Javier Hernandez membuktikan Manchester United tidak perlu banyak bergantung kepada Wayne Rooney apabila penyerang Mexico itu menjaringkan gol pada setiap babak permainan membantu pasukan itu menewaskan Stoke City 2-1 di gelanggang lawan, malam tadi.

Hernandez meletakkan United di depan pada minit ke-27 apabila menanduk cantik ke belakang yang menerjah gawang sebelum pemain lawan, Tuncay Sanli menyamakan kedudukan dengan sepakan lencong cantik pada minit ke-81.
Jaringan itu jelas menyentak United yang kemudian bangkit memperkemaskan permainan dan hasilnya mereka hanya memerlukan lima minit untuk mendahului semula yang juga jaringan kemenangan menerusi Hernandez. Kejayaan itu adalah kemenangan pertama United di gelanggang lawan musim ini – sekali gus melonjak ke tempat kedua di belakang Chelsea dengan mengutip 17 mata, sama dengan Manchester City tetapi United mempunyai kelebihan jaringan.

Minggu paling sukar: Ancelotti

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba (kiri) dicabar pemain Wolverhampton Wanderers, Richard Stearman dalam saingan EPL di Stamford Bridge, kelmarin yang berkesudahan memihak The Blues 2-0.
'Kami tidak beraksi seperti lazimnya kami lakukan musim ini'

L
ONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tampil bersuara betapa barisan didiknya tidak menjelmakan perwatakan terbaik sekali pun berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.
“Ia perlawanan sukar kerana kami tidak beraksi seperti lazimnya kami lakukan musim ini.“Ia juga satu minggu rumit buat kami selepas berkunjung ke Moscow bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Spartak,” kata pengendali berbangsa Itali itu.

Florent Malouda dan Salomon Kalou memberikan Chelsea kemenangan kelima daripada lima perlawanan di tempat sendiri dan memastikan tempat pertama buat juara bertahan itu selepas hujung minggu tanpa mengira sebarang keputusan perlawanan, semalam.

Sementara itu, Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 dengan Everton dan menghuni tangga ketiga.

Rafael van der Vaart menyamakan kedudukan buat Tottenham untuk menolak Spurs ke tempat ketiga atau sekurang-kurangnya sehingga Manchester United bermain di Stoke dan pasukan tangga kedua, Manchester City melayan kunjungan Arsenal semalam.
West Bromwich Albion menewaskan Fulham 2-1, Sunderland mengecewakan Aston Villa 1-0, Birmingham menewaskan Blackpool 2-0, Bolton seri 1-1 di Wigan dan Newcastle menang 2-1 di pasukan tangga terakhir, West Ham.

Chelsea kini memiliki 22 mata daripada sembilan perlawanan – lima mengatasi Manchester City.

“Ia adalah kelebihan baik tapi esok adalah cerita berbeza,” kata Ancelotti. “Ia masih terlalu awal diperkatakan bahawa kami memiliki jumlah mata mencukupi. Saat yang sukar akan tiba buat kami dan kami perlu bersedia.” – AP

Afghanistan kagum, hargai kesungguhan Malaysia dalam misi kemanusiaan

BAMIAN (Afganistan): Kepakaran dan kesungguhan Malaysia melibatkan diri dalam misi bantuan kemanusian antarabangsa mendorong Afganistan menjemput Malaysia dalam misi bantuan kesihatan di negara ini.

Gabenor Bamian, Habiba Sarabi, berkata aspek itu dikenalpasti kerajaan mereka selain faktor agama yang sama, kepakaran tenaga pegawai perubatan, kecanggihan teknologi perubatan, pembangunan modal insan dan sosio ekonomi yang baik."Kami sangat gembira melihat pasukan anda di Bamian dan kami akan memastikan anda semua mendapat kerjasama daripada rakyat kami," katanya kepada pemberita dan Tim Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dari Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Kumpulan Induk Kontinjen Malaysia (Malcon Isaf) di sini. Beliau yang juga wanita pertama dilantik menjadi Gabenor di Afganistan, berkata dengan kedatangan Malaysia ke wilayah Bamian ini, diharap dapat membantu membina serta membangunkan semula negara ini khasnya dalam bidang kesihatan.


Habiba berkata, Bamian dikenalpasti sebagai antara kawasan di dunia yang mempunyai kadar kematian sewaktu kelahiran paling tinggi selain penyakit bawaan yang boleh menyebabkan kematian seperti batuk kering, malaria, taun dan kolera.


Seramai 40 anggota Perubatan ATM termasuk sembilan pegawai dan tujuh wanita akan berkhidmat di Bamian bagi misi memberikan rawatan pergigian, pemeriksaan kesihatan dan memberikan latihan kepada petugas tempatan.


Kumpulan itu berada di sini sebagai sebuah negara bukan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menerima jemputan Afghanistan bagi melaksanakan Operasi Interim Bantuan dan Sokongan Nasional (Ops Insaf) ke negara itu.

Ia bagi menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan semula Afghanistan dan penugasan Malcon Isaf ini adalah khusus kepada bantuan kemanusiaan.

Penugasan adalah menjurus kepada bidang perubatan yang kritikal meliputi khidmat kesihatan, pergigian dan bantuan kemasyarakatan selain membantu paramedik di kalangan warga tempatan seperti memberi latihan dalam pendidikan kesihatan, alam sekitar dan kesihatan umum.


Habiba berkata, pihaknya sangat menghargai usaha murni kerajaan Malaysia yang sudi menerima jemputan mereka walaupun kawasan itu mempunyai pelbagai masalah seperti bekalan air bersih, tiada bekalan tetap tenaga elektrik, laluan darat yang berdebu dan berbatu serta kekurangan tenaga pakar dalam bidang sakit puan, sakit mata, pemakanan dan kesihatan umum.


"Kami mempunyai perancangan tersendiri untuk menjadikan kesihatan dan alam sekitar lebih baik daripada apa yang kami ada sekarang. Untuk makluman anda baru-baru ini Bamian diisytihar sebagai daerah yang cantik dan paling selamat di Afganistan.


"Oleh itu, saya harap pasukan anda akan tinggal lebih lama di sini bagi membantu rakyat kami...kami memerlukan sekurang-kurangnya lima tahun untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik," katanya.


Beliau berkata, pihaknya sedang cuba melatih lebih ramai tenaga tempatan untuk bekerja sebagai doktor dan jururawat di klinik dan hospital di daerah ini bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pakar selain tenaga professional seperti jurutera.


Habiba berkata, dengan adanya bantuan dari Malaysia, perancangan mereka dilihat mampu dilakukan walaupun memerlukan masa dan sumber kewangan yang tinggi daripada kerajaan.


Beliau turut berharap supaya pelabur Malaysia sudi membabitkan diri dalam pelbagai bidang pembangunan di daerah ini seperti ekopelancongan dan makanan memandangkan Bamian terkenal sebagai ''potato land'' dan antara kawasan ajaib di dunia. - BERNAMA

Pemarah dan Bersabar

Hanya seorang yang pemarah yang bisa betul-betul bersabar. Seseorang yang tidak bisa merasa marah tidak bisa disebut penyabar, karena dia hanya tidak bisa marah. Sedangkan seorang lagi yang sebetulnya merasa marah, tetapi mengelola kemarahannya untuk berlaku baik dan adil adalah seorang yang berhasil menjadikan dirinya bersabar. Dan bila Anda mengatakan bahwa untuk bersabar itu sulit, Anda sangat tepat, karena kesabaran kita diukur dari kekuatan kita untuk tetap mendahulukan yang benar dalam perasaan yang membuat kita seolah-olah berhak untuk berlaku melampaui batas.
~ Mario Teguh

7 sebab kenapa orang benci membaca buku

7 sebab kenapa orang tak suka membaca buku:
  1. Dia anggap membaca ni samalah ngan belajar. Belajar cukup le setakat kat sekolah aje.
  2. Asal membaca je, rasa mengantuk. Asal mengantuk je, mesti time membaca.
  3. Benci meletak matlamat dalam hidup.
  4. Kurang merasa kemanisan membaca.
  5. Kurang mahu memperbaiki hidup.
  6. Ego, berkata membaca tak perlu. Belajar dari pengalaman sudah cukup.
  7. Tak nampak kepetingan ilmu dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kewangan, perhubungan, ibadah dan kekeluargaan.
Tanya diri sendiri, Anda bagaimana? Kurang minat membaca buku?
Ketahuilah hakikat bahawa jika Anda nak mencapai kejayaan, nak tak nak Anda kena melatih diri membaca setiap hari. Dengan membaca, Anda akan dapat tahu lebih banyak perkara untuk menjadikan Anda semakin dekat dengan kejayaan diidamkan.
Cara paling bagus adalah dengan meluangkan masa paling kurang 1 jam setiap hari, paling kurang 2-3 bab dalam sehari. Lama-kelamaan minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Buat masa ni, biasakan diri membaca sebuah buku seminggu.

Motivasi diri – lelaki menangis, apa maknanya? Kenapa lelaki menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.
Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.
Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?
Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Motivasi kerja – fikiran mempengaruhi situasi sekeling Anda sama ada jadi gembira atau tidak

Adakah Anda gembira dengan diri Anda sendiri dan gembira dengan apa yang Anda buat, atau Anda tertekan?
Segala apa yang berlaku disekeling Anda sebenarnya kesan dari pengaruh fikiran Anda, sama ada hepi atau tidak dengan diri Anda dan apa yang Anda sedang lakukan.
Apabila Anda kurang hepi dengan kerja Anda, kesannya setiap hari pada waktu kerja ada saja perkara yang membuat Anda tambah tidak hepi (tidak gembira), ada saja benda yang tak kena, ada saja perkara yang menyakitkan hati Anda. By the end of the day, Anda merasa cukup tertekan!
Apabila Anda hepi dengan kerjaya Anda, kerja Anda Anda buat main-main (tapi siap juga), Anda selalu ‘make fun of things’, Anda hepi go laki (happy go lucky) dan tenang-tenang walaupun suasana cukup sibuk, Anda akan perasan suasana kerja Anda lancar saja, jarang timbul masalah, jarang berlaku perkara tidak disangka, semuanya relaks saja. Situasi itu terjadi kesan daripada fikiran Anda yang hepi (gembira, tidak tertekan, tidak merasa tertekan).
Apa yang saya tuliskan ni digarap dari pengalaman sebenar saya dan kawan-kawan di iMotivasi, moga perkongsian pengalaman ni berguna untuk Anda.
Petuanya, tertekan cemanapun, sibuk cemanapun cari cara cemana untuk Anda ‘make fun out of it’, cari cara cemaa untuk riangkan hati dan perlu berlakon, cari cara untuk Anda ketawa (tanpa perlu ketawa sebab menyembunyikan duka).
Bunyinya agak kebudak-budakan sedikit, tapi percayalah trik ni berkesan. Always make fun to have fun, jadi stress pun gone!

Motivasi kejayaan – 3 perkara membuat Anda hilang motivasi

3 perkara membuat Anda hilang motivasi:
  1. Anda akan jadi kurang bersemangat apabila Anda menumpukan fikiran pada apa yang membuat Anda ‘down’.
  2. Anda akan hilang motivasi apabila Anda berhenti terlalu lama dari terus berusaha.
  3. Anda akan hilang semangat apabila Anda memfokus pada hasil usaha Anda yang salah.
Fokus pada konsistensi berusaha dan membetulkan kesalahan dengan mengambil tindakan baru.
Usah memfokus pada hasil  sebaiknya fokus pada apa yang Anda perlu lakukan kerana hasil akan tetap ada apabila usahanya ngam kemudian berterusan pula.
Tanya dan terus tanya diri Anda apa lagi yang boleh Anda lakukan untuk berusaha, berusaha dan berusaha sehingga matlamat Anda benar-benar tercapai, bukan sekadar menjadi matlamat yang hanya bermain di minda.

TANDA TANDA KEMATIAN UMAT ISLAM


 Keindahan Ciptaan Allah S.W.T.


Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT;
Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati
maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"

(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini
akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.



Marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Koleksi Mutiara Kata Islam (Part 2)

"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah" (Hadis Riwayat Muslim) 

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih) 

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad) 

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain,maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)  

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya" (Hadis Riwayat At-Tizmizi) 

Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim) 

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim) 

"Carilah duniamu seolah-olah engkau akan hidup selama-lamanya dan carilah akhiratmu seolah-olah engkau akan mati besok pagi" (Hadis Riwayat Ibnu Asahin) 

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasehat menasehati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr Ayat : 1-3) 

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunianya dan tidak meniggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib) 

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua,sihat sebelum sakit,kaya sebelum miskin,lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati" (Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi) 

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala keniknatan hidup,iaitu MATI" (Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)        

Koleksi Mutiara Kata Islam (Part 1)


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.


dipetik drpd:
http://www.scribd.com

KOLEKSI MUTIARA KATA (PART 4)

''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''
www.familiazam.com
''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini''

''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya''

''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang lain''
www.familiazam.com
''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah''

''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya"

''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci''
www.familiazam.com
''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''

''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu''

''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya

''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain''
www.familiazam.com
Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa''

'Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah''

''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik''
www.familiazam.com
''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''

''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim'.

''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''
www.familiazam.com
''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah''

''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain''

''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita''
www.familiazam.com
''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting''

''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''
www.familiazam.com
''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''


"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
www.familiazam.com
"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"

"Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"
www.familiazam.com
"Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"
www.familiazam.com
"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu"

"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"

"Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal"
www.familiazam.com
"Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan"

"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"

"Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya"

"Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita"
www.familiazam.com
"Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"

"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

"Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna"

"Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga"


"Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan."
www.familiazam.com
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"
www.familiazam.com
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"
www.familiazam.com
"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"

"Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi"

"Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal"
www.familiazam.com
"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu"

"Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda"

"Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain"
www.familiazam.com
"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"
www.familiazam.com
"Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini"

Sumber: www.familiazam.com

KOLEKSI MUTIARA KATA (PART 3)

"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"
www.familiazam.com
"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"
www.familiazam.com
"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"
www.familiazam.com
"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan"

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

"Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai........."
www.familiazam.com
"Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya"

"Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat"

"Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah"
www.familiazam.com
"Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan"

"Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain"

"Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya"
www.familiazam.com
"Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya"

''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya''

''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan''
www.familiazam.com
''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda'

"Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup"

'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''

''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya''
www.familiazam.com
''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah''

''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini''

''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca''
www.familiazam.com
''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada''

''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia''

''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai''

''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal''

"Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku"
www.familiazam.com
''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia''

''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya''

''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan''

''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi''

''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan''
www.familiazam.com
"Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan"

''Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu''

''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan''

"Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya"
www.familiazam.com
''Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama''

"Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian"

"Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan"
www.familiazam.com
"Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat"

"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"

''Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri''

"Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar"
www.familiazam.com
"Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar"

"Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia"

"Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya"

''Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya''
www.familiazam.com
"Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan"

"Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri"

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan"
www.familiazam.com
"Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"

"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati"

''Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit''
www.familiazam.com
''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian''

 Sumber: www.familiazam.com

KOLEKSI MUTIARA KATA (PART 2)

"Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince.
www.familiazam.com
"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall.

"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles
www.familiazam.com
"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.
www.familiazam.com
"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan"
www.familiazam.com
"Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"

"Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"
www.familiazam.com
"Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"
www.familiazam.com
"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

"Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan"
www.familiazam.com
"Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"

"Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain"

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"
www.familiazam.com
"Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan"

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka"
www.familiazam.com
"Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar"

"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"

"Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"
www.familiazam.com
"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
www.familiazam.com
"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"
www.familiazam.com
"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia"

"Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"



Sumber: www.familiazam.com

KOLEKSI MUTIARA KATA (PART 1)

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
www.familiazam.com
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
www.familiazam.com
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"
www.familiazam.com
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
www.familiazam.com
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"
www.familiazam.com
"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"
www.familiazam.com
"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"
www.familiazam.com
"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"
www.familiazam.com
"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"
www.familiazam.com
"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"
www.familiazam.com
"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"
www.familiazam.com
"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"
www.familiazam.com
"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"
www.familiazam.com
"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"
www.familiazam.com
"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"
www.familiazam.com
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"
www.familiazam.com
"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"
www.familiazam.com
"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

Sumber: www.familiazam.com

City kecundang, Liverpool gah

LONDON: Arsenal memalit kecewa besar kepada cabaran Manchester City apabila mudah membaham pasukan kaya itu 3-0 di gelanggang lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), lewat malam tadi.

Gol daripada Samir Nasri pada minit ke-20, Alex Song (m66), Nicklas Bendtner (m88) membantu barisan pimpinan Arsene Wenger itu melonjak ke tangga kedua berbekal 17 mata – sama dengan jumlah pungutan Manchester United.
City menderita dengan keputusan hambar ini yang menolak mereka ke tangga keempat – lima mata belakang pendahulu, Chelsea.Sementara itu, Javier Hernandez membuktikan United tidak perlu banyak bergantung kepada Wayne Rooney apabila penyerang Mexico itu menjaringkan gol pada setiap babak permainan membantu pasukan itu menewaskan Stoke City 2-1 di gelanggang lawan.

Hernandez menjaringkan dua gol pada minit ke-27 dan 86 manakala gol tunggal lawan oleh Tuncay Sanli minit ke-81.