nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

Minggu paling sukar: Ancelotti

PENYERANG Chelsea, Didier Drogba (kiri) dicabar pemain Wolverhampton Wanderers, Richard Stearman dalam saingan EPL di Stamford Bridge, kelmarin yang berkesudahan memihak The Blues 2-0.
'Kami tidak beraksi seperti lazimnya kami lakukan musim ini'

L
ONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tampil bersuara betapa barisan didiknya tidak menjelmakan perwatakan terbaik sekali pun berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.
“Ia perlawanan sukar kerana kami tidak beraksi seperti lazimnya kami lakukan musim ini.“Ia juga satu minggu rumit buat kami selepas berkunjung ke Moscow bagi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Spartak,” kata pengendali berbangsa Itali itu.

Florent Malouda dan Salomon Kalou memberikan Chelsea kemenangan kelima daripada lima perlawanan di tempat sendiri dan memastikan tempat pertama buat juara bertahan itu selepas hujung minggu tanpa mengira sebarang keputusan perlawanan, semalam.

Sementara itu, Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk seri 1-1 dengan Everton dan menghuni tangga ketiga.

Rafael van der Vaart menyamakan kedudukan buat Tottenham untuk menolak Spurs ke tempat ketiga atau sekurang-kurangnya sehingga Manchester United bermain di Stoke dan pasukan tangga kedua, Manchester City melayan kunjungan Arsenal semalam.
West Bromwich Albion menewaskan Fulham 2-1, Sunderland mengecewakan Aston Villa 1-0, Birmingham menewaskan Blackpool 2-0, Bolton seri 1-1 di Wigan dan Newcastle menang 2-1 di pasukan tangga terakhir, West Ham.

Chelsea kini memiliki 22 mata daripada sembilan perlawanan – lima mengatasi Manchester City.

“Ia adalah kelebihan baik tapi esok adalah cerita berbeza,” kata Ancelotti. “Ia masih terlalu awal diperkatakan bahawa kami memiliki jumlah mata mencukupi. Saat yang sukar akan tiba buat kami dan kami perlu bersedia.” – AP

No comments:

Post a Comment