LONDON - Bintang Manchester United, Wayne Rooney (gambar) perlu meningkatkan prestasinya, setelah menandatangani kontrak baru bersama kelab tersebut.
Beberapa pemain senior menjangkakan, gaji lumayan yang bakal diterima Rooney, mampu meningkatkan lagi kualiti pemain itu.
Manchester United, yang memerlukan khidmat pemain muda itu, berjaya mengikat Rooney dengan kontrak lima tahun, sekali gus mengakhiri spekulasi panjang berhubung perpindahannya.
Sesetengah analisis mendapati United mungkin membayar gaji pemain itu dengan nilai yang tinggi untuk mengekalkannya , sekali gus membuatkan Manchester City perlu membayar kira-kira 50 hingga 80 juta pound (RM244-RM390 juta), jika mahu mendapatkan Rooney berbanding 25 juta pound (RM122 juta) yang sepatutnya dibayar pada Januari ini.
Rooney berkata, dia akan cuba untuk memperbaiki sikapnya, setelah Alex Ferguson menegaskan pemain itu perlu menilai kelakuannya, yang telah menimbulkan masalah besar.
Sesetengah melaporkan, nilai gaji baru Rooney adalah 230,000 pound (RM1,123,788) seminggu, namun jumlah yang dikatakan hampir tepat adalah 200,000 pound (RM977,207).
Penyerang England itu terlepas beberapa perlawanan penting, kerana cedera buku lali.
Menurut Ferguson, terlalu banyak yang perlu dilakukan, setelah Rooney menandatangani kontrak baru tersebut.
''Anda akan dapat melihat semula Manchester United yang sebenar selepas ini,'' kata Ferguson. - Agensi
No comments:
Post a Comment