nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

City dimalukan lagi

Pemain Manchester City, Patrick Vieira (kanan) tidak berpuas hati apabila rakan sepasukanya, Micah Richard dilayangkan kad kuning ketika menentang Lech Poznan dalam saingan Liga Europa, kelmarin. - REUTERS


BERNE - Lech Poznan menjaringkan dua gol pada lewat permainan ketika mengejutkan Manchester City 3-1, pada saingan Liga Europa kelmarin.
CSKA Moscow dan BATE Borisov pula menjadi pasukan terawal melayakkan diri ke pusingan kalah mati saingan tersebut.
Lech, dari Poland kini menduduki tangga teratas Kumpulan A berdasarkan perbezaan jaringan dengan City dan mengumpul tujuh mata.
Dimitrije Injac meletakkan Lech mendahului perlawanan setengah jam selepas perlawanan, ekoran kegagalan pertahanan City mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya.
Penyerang City, Emmanuel Adebayor menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum rehat, namun Lech kembali mendahului pada empat minit terakhir selepas tandukan pertahanan City, Dedryck Boyata terkena kepala Manuel Arboleda dan bola menerjah jaring.
Pemain gantian Lech yang berusia 19 tahun, Mateusz Mozdzen, melengkapkan kekalahan memalukan City melalui jaringan pada masa kecederaan, selepas melakukan sepakan lencong yang menarik dari jarak 25 meter.
''Inilah bola sepak. Sekiranya kami bermain seratus peratus dalam perlawanan seperti ini, kami mungkin akan menang dalam 90 perlawanan.
''Namun, kami harus terima kekalahan ini. Kami akan terus bekerja keras, kerana kadang kala kami tewas walaupun tidak layak untuk menerima kekalahan,'' kata jurulatih City, Roberto Mancini.
Sementara itu, Juventus, yang akan menjadi tuan rumah kepada City pada perlawanan berikutnya, mengumpul empat mata apabila seri tanpa jaringan dengan kelab Austria, Red Bull Salzburg.
Pendahulu Kumpulan F, CSKA mengalahkan Palermo 3-1, bagi mengekalkan rekod bersih kemenangan seratus peratus, sementara BATE turut menang dengan keputusan sama ke atas Sheriff Tiraspol.
CSKA menjaringkan tiga gol dalam masa tujuh minit babak kedua melalui bintang Jepun, Keisuke Honda sebelum dua lagi jaringan Tomas Necid.
Sparta Prague berada di tempat kedua Kumpulan F dengan tujuh mata, apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan kelab Swiss, Lausanne Sport, 3-1.
Aleksandr Pavlov dan Renan Bressan menjaringkan gol dalam tempoh 20 minit terakhir untuk memberikan pengalaman kurang menggembirakan kepada penjaga gol muda Sheriff yang berusia 19 tahun, Dmitri Stajila yang beraksi pada perlawanan pertama, selepas menggantikan Vladislav Stoyanov kerana kecederaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment