nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

Chelsea waspada kebangkitan Reds

LONDON - Khidmat Didier Drogba ditagih dalam usaha Chelsea untuk menyekat kebangkitan Liverpool apabila bertandang di Anfield pada perlawanan Liga Perdana, esok.
Kunjungan skuad Blues kali ini membawa bekalan semangat yang tinggi, setelah pasukan itu memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Blackburn, serta mara ke peringkat kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara, selepas menewaskan Spartak 4-1, Rabu lepas.
Namun pada perlawanan esok, Chelsea perlu berhati-hati dengan kebangkitan Liverpool, jika Blues mahu mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju Liga Perdana.
Liverpool yang bermula hambar pada awal musim ini, bakal memberikan perhatian serius terhadap pemain tonggak utama Chelsea, Drogba pada perlawanan esok.
''Ini bukan masa yang baik untuk ke Anfield, kerana mereka mempunyai barisan pemain yang cukup kuat.
''Mereka akan menggunakan perlawanan ini untuk menebus kekecewaan, setelah beraksi tidak begitu baik pada awal musim dan kami perlu bersedia untuk menghadapinya.
''Kami melihat Liverpool kini semakin berubah berbanding pada awal musim ini.
''Mereka memenangi dua perlawanan terakhir sebelum ini dan tahap keyakinan mereka juga bertambah tinggi.
''Kami perlu berwaspada dengan perlawanan kali ini dan pada perlawanan sebelum ini juga, ketika kami bertemu Liverpool pasukan kami berhadapan kesukaran.
''Bagaimanapun kami tetap akan meneruskan perjalanan ini untuk mendapatkan kemenangan walaupun kami tahu ia tidak mudah,'' kata Drogba.
Sementara itu, Chelsea bakal menurunkan ketua pasukan, John Terry selepas direhatkan ketika menentang Spartak Moscow.
Namun, pemain tengah skuad itu, Frank Lampard masih tidak boleh beraksi kerana baru pulih daripada pembedahan hernia.
Chelsea akan memulakan perlawanan esok dengan kelebihan lima mata mengatasi Arsenal dan Manchester United di tangga teratas Liga Perdana. - AFP

No comments:

Post a Comment