nuffnang ads

Saturday, November 6, 2010

Cuaca di Kedah, Perlis bertambah baik – Meteorologi

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Keadaan cuaca di Kedah dan Perlis bertambah baik walaupun hujan renyai-renyai dijangka dari semasa ke semasa dalam masa tiga hari lagi terutama di sebelah malam dan awal pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia berkata. lebih banyak hujan dijangka pada Selasa namun keadaan itu tidak akan memburukkan keadaan banjir di negeri itu.
Jabatan itu juga mendapati hujan yang turun di Kedah pada minggu lepas adalah lebih lebat daripada yang berlaku pada 15 hingga 19 Disember 2005.
"Bagi daerah Alor Star, jumlah hujan untuk kali ini ialah 207mm iaitu hampir dua kali ganda berbanding jumlah dicatat pada Disember 2005 iaitu 119mm, manakala daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Pendang mencatat jumlah antara 300mm hingga 530mm.
"Jumlah hujan di Perlis ialah antara 260mm hingga 360mm dengan daerah Chuping menerima jumlah hujan 321mm berbanding 471mm pada Disember 2005,” kata kenyataan jabatan itu. – Bernama

No comments:

Post a Comment