nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

Polis serbu makmal dadah, rampas Eramin 5 RM20 juta

SEREMBAN 24 Okt. – Polis membongkar sindiket memproses dadah jenis Eramin 5 bernilai RM20 juta selepas menyerbu sebuah rumah kedai di Oakland, Seremban 2 di sini semalam.
Rampasan dadah itu merupakan yang terbesar sepanjang tahun ini.
Turut ditahan, tiga lelaki warga tempatan dan salah seorang daripada mereka mempunyai kelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. – Utusan


uishhh.... ape nak jadi dgn dunia skrg ni... nak kaya dgn cara yg salah... akibatnyer, diri sdiri yg merana... nah!! rasakan... brani buat, brani tanggung....

Warga emas meninggal dunia akibat dilontar batu

GEORGETOWN 24 Okt. – Seorang warga emas mati dipercayai akibat terkena lontaran batu di flat Projek Perumahan Rakyat di Sungai Pinang semalam.
Koi Phen Chan, 64, pemandu kereta ”sapu” (teksi tanpa lesen) dari Jalan Perak mati di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mati akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.
Menurutnya, polis juga menjumpai seketul batu seberat 200 gram yang dipercayai dilontar oleh suspek dari tingkat atas flat berkenaan.
"Seorang lelaki berumur 20-an juga ditahan selepas mengambil kesempatan untuk mencuri dompet dan telefon bimbit mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Kong Meng berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. – Bernama

Ni ape kes ni?? nilah yg dinamakan sudah jatuh, ditimpa tangga... manusia2.... ape nak jadi?? ishh...

Sathianathan digantung 6 bulan, tekanan untuk Kelantan

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Pasukan Kelantan menghadapi tekanan besar apabila terpaksa beraksi tanpa bimbingan ketua jurulatih, B. Sathianathan pada saingan akhir Piala Malaysia musim ini.
Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam membuat keputusan untuk menggantung jurulatih pasukan wira merah itu selama enam bulan dan denda sebanyak RM2,000 dengan serta-merta.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Sathianathan dihukum atas kesalahan memberi kenyataan kepada media berhubung stadium tuan rumah bagi perlawanan Perlis dan Terengganu ketika Liga Super musim lepas.
"Ini adalah kes lama dan Lembaga Disiplin FAM telah membuat keputusan berhubung perkara tersebut setelah bersidang pada Jumaat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sathianathan dipecat sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan oleh FAM pada 2009.
Beliau mula mengambil alih tugas Peter Butler pada tahun lepas untuk membimbing pasukan Kelantan dan berjaya membawa pasukan itu ke final Piala Malaysia musim lepas. – Bernama

tak pasal2 team kelantan yg terkena skali... hurmm... ape2 pon tahniah untuk team Kelantan dan Negeri Sembilan yg layak ke final...