nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

West Brom ancam kelompok pendahulu

WEST BROMWICH - West Bromwich Albion naik ke tangga keempat Liga Perdana, selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Fulham.
Skuad Roberto di Matteo itu belum kalah dalam tujuh perlawanan dalam semua kejohanan, termasuk kemenangan ke atas Manchester City dan Arsenal serta seri dengan Manchester United.
"Kami cuba mengharungi perlawanan demi perlawanan dengan peningkatan dan tidak melepaskan gol.
''Kemudian kami akan melihat di mana kedudukan kami pada penghujung musim.
"Ia bukan rahsia lagi, semua ini dicapai menerusi kerja keras.
''Para pemain mencurahkan banyak masa berlatih dan menjelmakan semua itu sewaktu beraksi.
''Kami berusaha beraksi sebaik mungkin dan kami percaya ia adalah cara untuk kami memenangi perlawanan,'' kata Di Matteo.
Pakar seri Fulham, mengalami kekalahan kedua musim ini dalam Liga Perdana, namun mereka cuma baru mencatat satu kemenangan. - AP

No comments:

Post a Comment