nuffnang ads

Monday, October 25, 2010

Hernandez lonjak United

WIRA United, Javier Hernandez diasak pertahanan Stoke City dalam saingan EPL di Stadium Brittania, malam tadi. MU menang 2-1, kedua-dua gol diledak pemain Mexico itu.

LONDON: Javier Hernandez membuktikan Manchester United tidak perlu banyak bergantung kepada Wayne Rooney apabila penyerang Mexico itu menjaringkan gol pada setiap babak permainan membantu pasukan itu menewaskan Stoke City 2-1 di gelanggang lawan, malam tadi.

Hernandez meletakkan United di depan pada minit ke-27 apabila menanduk cantik ke belakang yang menerjah gawang sebelum pemain lawan, Tuncay Sanli menyamakan kedudukan dengan sepakan lencong cantik pada minit ke-81.
Jaringan itu jelas menyentak United yang kemudian bangkit memperkemaskan permainan dan hasilnya mereka hanya memerlukan lima minit untuk mendahului semula yang juga jaringan kemenangan menerusi Hernandez. Kejayaan itu adalah kemenangan pertama United di gelanggang lawan musim ini – sekali gus melonjak ke tempat kedua di belakang Chelsea dengan mengutip 17 mata, sama dengan Manchester City tetapi United mempunyai kelebihan jaringan.

No comments:

Post a Comment