nuffnang ads

Sunday, October 24, 2010

Warga emas meninggal dunia akibat dilontar batu

GEORGETOWN 24 Okt. – Seorang warga emas mati dipercayai akibat terkena lontaran batu di flat Projek Perumahan Rakyat di Sungai Pinang semalam.
Koi Phen Chan, 64, pemandu kereta ”sapu” (teksi tanpa lesen) dari Jalan Perak mati di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa mati akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.
Menurutnya, polis juga menjumpai seketul batu seberat 200 gram yang dipercayai dilontar oleh suspek dari tingkat atas flat berkenaan.
"Seorang lelaki berumur 20-an juga ditahan selepas mengambil kesempatan untuk mencuri dompet dan telefon bimbit mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.
Kong Meng berkata, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori. – Bernama

Ni ape kes ni?? nilah yg dinamakan sudah jatuh, ditimpa tangga... manusia2.... ape nak jadi?? ishh...

No comments:

Post a Comment