nuffnang ads

Thursday, October 28, 2010

Aleeza bercerai cara baik

ALEEZA sah bercerai  dengan suaminya Mohd Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah  di Kuala Lumpur  semalam.
ALEEZA sah bercerai dengan suaminya Mohd Fauzi di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Aleeza Kassim, sah bercerai dengan suaminya, ahli perniagaan Mohd Fauzi Che Ros, di Mahkamah Syariah di sini, semalam.

Lafaz cerai itu diucapkan Mohd Fauzi di depan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi selepas pasangan itu bersama peguam syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan, berada dalam kamar hakim itu selama hampir 15 minit. Sebaik keluar dari kamar hakim, Aleeza hanya menunduk kepala menangis sambil berjalan beriringan di sisi Mohd Fauzi.
Bagaimanapun, Mohd Fauzi kelihatan tenang, sebelum kedua-duanya beredar menaiki kereta berasingan.

Terdahulu, pasangan itu tiba di mahkamah seawal jam 9.15 pagi dan terus memasuki kamar hakim.

Ketika ditemui, Muhammad Nur Hafiz mengesahkan pasangan itu sudah bercerai secara baik, namun enggan mendedahkan jumlah talak yang dijatuhkan.

“Mereka berkahwin secara baik dan mahu bercerai secara baik. Ini jelas membuktikan Mohd Fauzi seorang yang budiman kerana mahu menyelesaikan proses perceraian ini dengan baik,” katanya.
Disoal mengenai tuntutan edah, mutaah serta beberapa isu berbangkit selepas perceraian itu, katanya, semuanya sudah diselesaikan dan tidak akan timbul sebarang isu berbangkit selepas ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung isi kandungan tuntutan itu.

Aleeza dan Mohd Fauzi yang tidak mempunyai anak, bernikah pada 15 Julai 2006 di Masjid Wilayah Kuala Lumpur, sebelum dirai pada majlis keraian sebulan kemudian di Hotel Palace of The Golden Horses.

No comments:

Post a Comment